Home Politik Anwar kekal calon TPM, kongsi jawatan dengan Mukhriz – Tun M

Anwar kekal calon TPM, kongsi jawatan dengan Mukhriz – Tun M

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan sokongan penuh beliau terhadap pencalonan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

Beliau turut menyokong cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri 2.

Menurut beliau, cadangan tersebut telah diterima secara terbuka oleh wakil parti Amanah, Warisan dan DAP dalam satu pertemuan pada 25 Jun lalu.

“Semasa perbincangan, telah ditimbul beberapa cadangan mengenai hala tuju perjuangan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat yang telah dirampas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan konco-konconya,

“Saya terbuka kepada apa juga cadangan termasuk saya tidak dicalon sebagai bakal Perdana Menteri. Di antara cadangan yang dikemuka ialah pencalonan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri,

“Kami sebulat suara bersetuju Dato’ Seri Shafie Apdal dinamakan sebagai calon Perdana Menteri. Saya menyokong penuh cadangan ini. Yang penting ialah kita mempunyai pendirian yang tegas supaya rakyat tahu akan pendirian kita,

“Kami juga bersetuju mencadang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 1 dan Mukhriz sebagai calon Timbalan Perdana Menteri 2,” kata Tun Mahathir dalam satu kenyataan media hari ini.

Pertemuan yang diadakan di Rumah Tetamu Sabah itu turut dihadiri oleh Shafie Apdal, Mohamad Sabu, Tan Kok Wai, Lim Guan Eng, Anthony Loke, M. Kulasegaran dan Liew Chin Tong.

Mahathir menegaskan pencalonan Shafie mampu merapatkan jurang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

 

Related Articles

Leave a Reply