Home PolitikPakatan Harapan Fitnah murahan: Salahuddin Ayub nafi sertai BERSATU

Fitnah murahan: Salahuddin Ayub nafi sertai BERSATU

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam masa terdekat.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, penyebaran berita palsu itu adalah kerja pihak cytro Perikatan Nasional (PN) yang sangat tertekan dengan perkembangan terkini politik tanah air sehingga terdesak menyebarkan berita palsu kononnya beliau bersama dua lagi pimpinan AMANAH akan sertai BERSATU.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan laporan palsu tersebut,

“Laporan yang merupakan fitnah murahan ini tidak akan sedikitpun menjejaskan usaha dan komitmen Pakatan Harapan (PH) untuk mengembalikan mandat rakyat dan menyelamatkan negara dari bencana politik PN,” katanya.

Tambah Salahuddin, beliau berharap rakyat Malaysia dapat bersama PH mendukung dan meneruskan cita-cita membentuk Malaysia Baharu yang bebas rasuah dan penyelewengan serta menegakkan amalan politik yang telus, benar dan tidak berteraskan fitnah dan kepalsuan.

Terdahulu sebuah portal melaporkan, 3 ahli parlimen dari AMANAH akan sertai BERSATU dalam masa terdekat bagi mengukuhkan lagi kerajaan PN yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber dalaman yang dilaporkan portal berkenaan, 3 ahli parlimen itu ialah Salahuddin, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat) dan Datuk Dr. Hasan Baharom (Tampin). – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply