Home Pertahanan dan Keselamatan OP Benteng: 422 warga asing berjaya ditahan

OP Benteng: 422 warga asing berjaya ditahan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Seramai 422 orang dari pelbagai warganegara telah berjaya ditahan sepanjang pelaksanaan Operasi Benteng (Op Benteng) dalam memperketatkan kawalan sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

National Task Force (NTF) dalam kenyataan berkata, Op Benteng yang telah diaktifkan pada 12 Mei lalu adalah usaha pihak kerajaan untuk mengekang jenayah rentas sempadan di samping menyekat penularan wabak pendamik COVID-19 yang berkemungkinan akan dibawa masuk oleh PATI.

“Pelbagai kejayaan telah direkod serta dilaporkan hasil dari aktiviti-aktiviti melibatkan pemakluman pelaksanaan operasi kepada masyarakat, gerak kerja cegah rintang iaitu pengawalan di sempadan daratan dan lautan,

“Selain itu, Op Benteng juga melaksanakan pamantauan 24 jam di lorong tikus dan kawasan titik panas yang telah dikenalpasti sehingga tangkapan berjaya dibuat,” jelas kenyataan itu.

NTF turut mengesa orang ramai untuk memberi kerjasama dalam menyalurkan sebarang maklumat berkenaan PATI.

“Masyarakat yang mempunyai maklumat berkaitan PATI, aktiviti penyeludupan, pencerobohan sempadan atau sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi NTF (011-6251 1223),

“Kerjasama daripada semua pihak adalah amat dihargai dalam usaha memastikan operasi ini dapat dilaksanakan dengan jayanya,” tambahnya.

Op Benteng yang dilaksanakan secara bersepadu ini diketuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta melibatkan  Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi-agensi penguatkuasaaan dan keselamatan yang lain.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply