Home Semasa Bubar DUN jika masih berebut kuasa – Sultan Johor

Bubar DUN jika masih berebut kuasa – Sultan Johor

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 3 Jun – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini memberi amaran untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya sekali lagi berlaku perebutan kuasa di kalangan ahli politik di negeri itu.

Sultan Johor bertitah, baginda amat kecewa dengan kemelut politik yang masih berlaku di Johor apabila ada pemimpin yang gila kuasa dan terus merebut jawatan demi kepentingan diri mereka.

“Dalam keadaan rakyat yang sedang susah sekarang, mereka langsung tidak peduli dan sanggup menambah lagi derita rakyat,

“Saya tidak boleh tengok rakyat saya menderita, dan tidak akan biarkan negeri saya dikucar-kacirkan,

“Saya telah bersumpah untuk menjaga dan membela nasib rakyat serta negeri saya pada setiap masa,

“Jika berlaku lagi perebutan kuasa di kalangan wakil rakyat, saya akan bubarkan Dewan Negeri Johor serta merta,” titah Baginda yang dimuat naik menerusi akaun media sosial Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda akan memberi peluang kepada rakyat Johor untuk memilih wakil rakyat mereka yang baharu.

“Saya harap kali ini pilihlah pemimpin yang betul-betul ingin berkhidmat untuk rakyat dan negeri, bukan untuk parti atau diri sendiri,” titah Baginda lagi.-airtimes

Related Articles

Leave a Reply