Home Pertahanan dan Keselamatan Israel uji peluru berpandu balistik hipersonik gempur sasaran sejauh 400 km di laut

Israel uji peluru berpandu balistik hipersonik gempur sasaran sejauh 400 km di laut

by M.Daim

TEL AVIV, 3 Jun – Israel telah berjaya menguji peluru berpandu balistik baharu di Laut Mediterranean pada Selasa lalu.
Syarikat pertahanan, Israel Aerospace Industries Ltd. (IAI) menyatakan ujian peluru berpandu balistik LORA (Long Range Artillery) melibatkan dua senario.

“Senario pertama melibatkan penembakan terhadap sasaran sejauh 90 kilometer (km) manakala ujian kedua pula melibatkan sasaran sejauh 400 km,

“Penembakan dilakukan dari pelancar yang ditempatkan di atas sebuah kapal,” kata IAI dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, kedua-dua peluru berpandu balistik telah berjaya mengenai sasaran.

“Ujian ini merupakan kali pertama LORA berjaya mencapai jarak sejauh 400 km,” ujarnya.

LORA pertama kali diuji pada tahun 2003 dan dibangunkan oleh Missiles & Space Group dari IAI Systems.

Peluru berpandu balistik jarak dekat ini mampu untuk dilancarkan dari darat mahupun laut.

Berdasarkan maklumat di laman IAI, peluru berpandu ini boleh dilancarkan dari lori seberat 16 tan.

Selain itu, ujian yang dijalankan pada tahun 2017 membuktikan LORA mampu untuk dilancarkan dari platform laut dengan menggunakan kapal kontena biasa.

Peluru berpandu sepanjang 5.2 meter ini mampu untuk disimpan selama 7 tahun.

Sistem panduan LORA adalah Inertial Navigation System/Global Positioning System (INS/GPS)dan TV.

LORA mampu membawa kepala peledak seberat 600 kilogram dan mempunyai kelajuan penerbangan hipersonik.

Related Articles

Leave a Reply