Home Semasa Taman Langat Murni, Langat Utama dikenakan PKP secara pentadbiran

Taman Langat Murni, Langat Utama dikenakan PKP secara pentadbiran

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ketiga-tiga kawasan di Hulu Langat tidak di kenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tetapi hanya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.

Penduduk di Taman Langat Murni, Taman Langat Utama, Taman Langat Utama 2, Bukit Changgang di Kuala Langat masih bebas bergerak untuk menjalani rutin biasa tetapi harus membuat ujian saringan COVID-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan terbabit turut dipasang kawat duri secara keseluruhan, tetapi penduduk masih boleh keluar masuk selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Saringan COVID-19 wajib dilakukan kepada semua penduduk, walaupun PKP secara pentadbiran, namun saringan tetap dibuat,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri turut menjelaskan secara terperinci mengenai perbezaan antara PKPD dengan PKP secara pentadbiran.

“Apabila kerajaan mengisytiharkan PKPD, kawasan tersebut akan di pasang kawat duri dan tiada sebarang pergerakan keluar masuk ke kawasan berkenaan. Seperti yang berlaku kepada penduduk di Selangor Mansion dan Pasar Borong sebelum ini,

“Manakala bagi PKP secara pentadbiran pula, kawasan tersebut tetap di pasang pagar duri tetapi penduduk boleh keluar masuk seperti biasa dengan membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu,

“Dari segi ujian saringan COVID-19 pula, kesemua penduduk di dua kawasan terbabit perlu menjalani ujian tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, anggota tentera bawah naungan Markas 11 Briged, Kem Sungai Buloh telah melaksanakan proses pemasangan pagar kawat duri di Taman Langat Murni dan kawasan sekitarnya.

Kawasan yang di bahagikan kepada 3 sektor itu dianggarkan seluas 4.3 kilometer. Kira-kira 80 peratus daripada 9,000 penduduk adalah rakyat tempatan manakala selebihnya adalah warga asing.

Pemasangan kawat duri tersebut dipercayai susulan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan satu kluster COVID-19 baharu, membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan berkenaan. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply