Home SemasaGlobal Pesawat Pengebom B-1B Tentera Udara A.S Melaksanakan Misi Latihan di Laut China Selatan

Pesawat Pengebom B-1B Tentera Udara A.S Melaksanakan Misi Latihan di Laut China Selatan

by Nor Azlan Mohd Nor

Dua pesawat pengebom supersonik B-1B Lancer milik Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF) melakukan misi latihan di Laut China Selatan pada 8 Mei. Pesawat pengebom yang ditugaskan ke Skuadron Bom Ekspedisi ke-9 (9 EBS), berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Andersen di Guam untuk misi di perairan strategik.

Menurut jurucakap Tentera Udara AS, misi latihan ini adalah untuk memberi bantuan sokongan kepada pasukan udara pasifik bagi memperkuatkan strategi di wilayah Indo-Pasifik.

Tentera Udara AS baru-baru ini mengarahkan empat pesawat pengebom B-1B dan hampir 200 anggotanya dari Skuadron Bom ke-9 dan Skuadron Bom ke-7 yang berpangkalan di Dyess, Texas untuk ke Pangkalan Udara Andersen bagi melaksanakan operasi berpasukan dan misi pengeboman.

Kali terakhir pesawat B-1 dikerahkan ke rantau ini adalah pada tahun 2017. Pesawat ini merupakan bantuan sokongan daripada Pangkalan Udara Andersen untuk melakukan beberapa misi dua hala bersama Tentera Udara Republik Korea dan Tentera Pertahanan Udara Jepun.

Pesawat B-1 Tentera Udara AS dapat membawa muatan konvensional terbesar yang terdiri daripada peluru berpandu dan peluru tanpa pemandu. – Airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply