Home Semasa COVID-19: Perjuangan masih belum selesai – Ketua Pengarah Kesihatan

COVID-19: Perjuangan masih belum selesai – Ketua Pengarah Kesihatan

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 18 Apr – Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham hari ini mengesahkan masyarakat perlu mengambil langkah berjaga-jaga walaupun bilangan kes jangkitan positif COVID-19 semakin berkurang.

“Kita bimbang masyarakat akan alpa kerana salah paham akan pengurangan kes jangkitan COVID-19,” katanya semasa Sidang Media Perkembangan semasa COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Beliau menambah masyarakat masih perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berkerjasama untuk memutuskan rantaian jangkitan ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham mengesahkan sebanyak 54 kes jangkitan terbaharu COVID-19.

Selain itu, 135 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar. Manakala 2 kes kematian terbaharu akibat wabak itu direkodkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Sehingga hari ini, Malaysia telah merekodkan sebanyak 5,305 jumlah jangkitan positif wabak COVID-19.

Semenjak 3 bulan selepas kes jangkitan pertama dinegara dilaporkan, COVID-19 telah meragut 88 nyawa dan seramai 3,102 pesakit dibenarkan pulang setelah diisytiharkan pulih.

Berikut laporan terperinci kematian akibat COVID-19 dalam negara setakat hari ini;

1) Kes kematian ke-87 (kes ke-2,657)

• Merupakan seorang lelaki warga Malaysia berusia 60 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 12 April, 3.20 petang.

2) Kes kematian ke-88 (kes ke-5252)

• Merupakan seorang lelaki warga Myanmar berusia 36 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Selayang pada 17 April dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru-paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI). Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada 10 pagi.

 

 

Related Articles

Leave a Reply