Home Semasa Tiada sebarang bentuk bazar Ramadhan sepanjang PKP

Tiada sebarang bentuk bazar Ramadhan sepanjang PKP

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 16 Apr – Kerajaan hari ini memutuskan untuk tidak melaksanakan sebarang bentuk bazar Ramadhan termasuklah pandu lalu serta tempah dan ambil (order and pick) sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pihaknya telah meneliti dan mendengar semua pandangan daripada Kementerian Wilayah melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai cadangan untuk melaksanakan e- Bazar serta memutuskan ia tidak dibenarkan.

“Mesyuarat hari ini memutuskan sebarang bentuk perniagaan berkaitan bazar atau gerai Ramadan termasuk dalam bentuk pandu lalu serta tempah dan ambil tidak dibenarkan,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun, perkhidmatan e-hailing seperti sekarang boleh terus beroperasi ketika Ramadan.

Sebelum ini, Kementerian Wilayah Persekutuan mencadangkan tiga kaedah untuk menjual makanan dan minuman sepanjang bulan Ramadan iaitu Pandu Lalu, Tempahan Awal, Bungkus dan Ambil, serta penghantaran e-hailing.

 

 

Related Articles

Leave a Reply