Home Semasa Kadar Zakat Fitrah RM 5 dan RM 7 di Wilayah Persekutuan

Kadar Zakat Fitrah RM 5 dan RM 7 di Wilayah Persekutuan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 16 Apr – Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mengesahkan terdapat dua kadar bayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan iaitu RM 5 dan RM 7.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, Zulkifli menyatakan umat Islam di Wilayah Persekutuan boleh memilih untuk membayar antara dua kadar tersebut berdasarkan kemampuan masing-masing.

Beliau menambah, keputusan dibuat bagi meringankan beban umat Islam yang kurang berkemampuan bagi menunaikan kewajipan salah satu daripada Rukun Islam.

“Penetapan kadar zakat fitrah RM 7 adalah berdasarkan harga 2.6 kilogram beras Super Tempatan Gred A yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat,” kata kenyataan itu.

Keputusan dibuat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan persetujuan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

“Hal ini juga adalah selari dengan Resolusi Muzakarah Khas Kali ke-2 Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islama Malaysia yang bersidang pada 9 April lalu melaluio siaran langsung telekonferens,” katanya lagi.

Muzakarah telah menetapkan bahawa kaedah pembayaran zakat fitrah boleh dipelbagaikan mengikut kesusaian di negeri masing-maing dengan mengambil kira peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa.

“Kadar zakat fitrah mengikut ketetapan yang diputuskan oleh pihak berkuasa agama negeri. Bagaiamanapun, jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah bergantung kepada kemampuan pembayar dan ketua keluarga,’ jelas kenyataan itu.

Related Articles

Leave a Reply