Home Semasa Pakej Prihatin: Kerajaan tanggung kos RM 3 juta tangguh sewa PPR selama 6 bulan

Pakej Prihatin: Kerajaan tanggung kos RM 3 juta tangguh sewa PPR selama 6 bulan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan telah bersetuju untuk memanjangkan pengecualian pembayaran sewa bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) kepada 6 bulan.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah ini merupakan tambahan kepada keputusan kerajaan yang sebelum ini bersetuju untuk menangguhkan pembayaran sewa untuk 1 bulan.

“Pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumah PPR disewa atau transit di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” kata Perdana Menteri semasa mengumukan Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat (Prihatin), hari ini.

Beliau menambah, keputusan itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM 3 juta oleh kerajaan.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan penangguhan pembayaran bulanan selama 6 bulan bagi pembayaran balik pembiayaan unit sewa untuk milik.

“Penangguhan pembayaran ini melibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah bermula April sehingga September 2020,” kata Muhyiddin.

 

Related Articles

Leave a Reply