Home Semasa Jumlah pesakit sembuh dari COVID-19 meningkat kepada 259 orang – Ketua Pengarah Kesihatan

Jumlah pesakit sembuh dari COVID-19 meningkat kepada 259 orang – Ketua Pengarah Kesihatan

by Air Times News Network

PUTRJAYA, 27 Mac – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan seramai 44 pesakit terbaharu telah sembuh dan dibenarkan keluar dari wad.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh dari COVID-19 di negara ini seramai 259,” katanya.

Semasa sidang media Perkembangan COVID-19, Dr Noor Hisham mengesahkan sebanyak 130 kes jangkitan baharu telah dikesan sehingga 12 tengah hari tadi. Bilangan itu menjadi jumlah kes jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 2,161 kes.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut mengesahkan angka kematian akibat wabak itu meningkat kepada 26 orang.

Kes kematian ke-25 adalah merupakan kes yang  ke-2,032 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 83 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kronik. Disahkan meniggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 6.55 petang.

Manakala kematian ke-26 merupakan kes  1,321 adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 53 tahun dan merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 kes 1,309, katanya.

“Sebahagian besar kematian adalah golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply