Home Semasa Elaun khas tambahan RM200 kepada petugas barisan hadapan COVID-19

Elaun khas tambahan RM200 kepada petugas barisan hadapan COVID-19

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 27 Mac – Kerajaan bersetuju untuk menambah elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan wabak COVID-19.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan elaun khas tersebut sebanyak RM400 kepada mereka di bertugas di barisan depan (frontliners).

Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) hari ini menjadikan elaun khas diterima petugas kesihatan sebanyak RM600 yang akan dibayar bermula 1 April 2020 sehingga wabak berakhir.

Pada masa sama, kerajaan juga bersetuju membayar elaun khas RM200 sebulan kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam, Imigrisen, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan anggota RELA yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabak COVID-19 berakhir,

“Dianggarkan seramai 169,000 kakitangan berkenaan akan mendapat faedah,” ujar Muhyiddin ketika mengumumkan pakej PRIHATIN hari ini.

 

Related Articles

Leave a Reply