Home Semasa Plaza Tol Ebor ditutup akibat COVID-19

Plaza Tol Ebor ditutup akibat COVID-19

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Mac – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengesahkan, Plaza Tol Ebor (Plaza Masuk) menghala ke Lebuhraya ELITE akan ditutup pada 19 Mac.

Penutupan selama sehari bermula tengah malam ini dilakukan berikutan salah seorang kakitangan yang berkhidmat di plaza tol terbabit telah disahkan menghidapi wabak koronavirus-2019 (COVID-19).

“Kerja-kerja sanitasi dan pembersihan akan dilakukan di plaza terbabit,” kata PLUS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Berikutan penutupan Plaza Tol Ebor, PLUS menasihatkan para pelanggan yang menggunakan laluan di tol berkenaan untuk mengubah laluan perjalanan mereka.

Related Articles

Leave a Reply