Home Semasa Bayaran balik pinjaman PTPTN ditangguh selama 3 bulan mulai hari ini

Bayaran balik pinjaman PTPTN ditangguh selama 3 bulan mulai hari ini

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 18 Mac – Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad hari ini mengesahkan para peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diberikan pelepasan penangguhan bayaran balik selama tiga bulan.

“Penangguhan bayaran balik selama 3 bulan ini berkuatkuasa serta merta hingga 30 Jun 2020. Semua peminjam PTPTN akan dikecualikan dari tindakan penguatkuasaan dan perundangan,

“Pelepasan ini melibatkan semua peminjam,” kata Noraini dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Menurut beliau, keputusan diambil oleh kerajaan setelah mengambil kira kesan wabak koronavirus-2019 (COVID-19) kepada negara.

“Wabak COVID-19 telah beri kesan kepada ekonomi negara. Akibatnya, para peminjam PTPTN kehilangan dan kekurangan sumber untuk melakukan bayaran balik,” jelas Noraini.

Related Articles

Leave a Reply