Home Semasa Solat Jumaat tetap diteruskan dengan bersyarat – Menteri Agama

Solat Jumaat tetap diteruskan dengan bersyarat – Menteri Agama

by Farrah Najihah Hisyam

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan solat Jumaat di Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan.

“Baginda memutuskan solat Jumaat diteruskan dengan mematuhi beberapa garis panduan yang telah ditetapkan seperti khutbah dipendekkan dan orang ramai berwuduk di rumah,

“Selain itu, jemaah juga wajib mengikuti langkah pencegahan dan keselamatan dengan menggunakan hand sanitizer serta memakai penutup mulut,” jelas Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Zulkifli turut menasihati mereka yang ada simptom COVID-19 untuk tidak hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang sakit.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?