Home Semasa Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu 2020, tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik

Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu 2020, tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik

by M.Daim

PUTRAJAYA, 9 Mac – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan senarai Jemaah Menteri baharu.

Pengumuman dibuat di Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Barisan Kabinet baharu adalah terdiri daripada 31 portfolio kementerian.

Senarai kabinet yang diumumkan telah mendapat perkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong setelah dipersembahkan oleh Muhyiddin pada pagi tadi di Istana Negara.

“Semua anggota Kabinet yang saya umumkan telah melepasi tapisan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Polis Diraja Malaysia,

“Saya juga akan memastikan Kabinet saya adalah sebuah Kabinet yang berfungsi (functional caet) serta dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih berfokus,” kata Muhyiddin.

Pada masa yang sama, Muhyiddin turut memutuskan tiada keperluan untuk melantik seorang TImbalan Perdana Menteri.

“Empat orang Menteri Kanan dilantik untuk membantu saya menyelaras hal ehwal Kabinet yang berkaitan dengan bidang-bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial,

“Pelantikan Menteri-Menteri Kanan ini akan membolehkan isu-isu berbangkit antara kementerian dalam bidang-bidang yang saya sebutkan tadi dapat diselaras dengan lebih cekap dan berkesan,” jelas Perdana Menteri.

Empat jawatan Menteri Kanan yang dimaksudkan ialah  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan.

  1. Menteri Kanan – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Menteri: Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
  • Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong

 

  1. Menteri Kanan – Menteri Pertahanan
  • Menteri: Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Sri Ikhmal Hisham  Abdul Aziz

 

  1. Menteri Kanan – Menteri Kerja Raya
  • Menteri:  Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof
  • Timbalan Menteri:  Datuk Dr Shahruddin  Md Salleh

 

  1. Menteri Kanan – Menteri Pendidikan
  • Menteri:  Dr Mohd Radzi Md Jidin
  • Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon
  • Timbalan Menteri II:  Muslimin  Yahaya

 

  1. Menteri Kewangan
  • Menteri: Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz
  • Timbalan Menteri I: Datuk Abd. Rahim  Bakeri
  • Timbalan Menteri II: Mohd Shahar  Abdullah

 

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
  • Menteri:  Dato’ Sri Mustapa  Mohamed
  • Timbalan Menteri:  Arthur Joseph Kurup

 

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
  • Menteri:  Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
  • Timbalan Menteri:  Datin Mastura Yazid

 

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
  •  Menteri: Dato’ Takiyuddin  Hassan
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Eddin Syazlee Shith

 

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • Menteri:  Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri
  • Timbalan Menteri:  Ahmad Marzuk  Shaary

 

  1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
  • Menteri:  Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib
  1. Menteri Pengangkutan
    Menteri:  Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
    Timbalan Menteri:  Haji Hasbi  Haji Habibollah

 

  1. Menteri Alam Sekitar
  • Menteri:  Dato’ Tuan Ibrahim  Tuan Man
  • Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad

 

  1. Menteri Sumber Manusia
  • Menteri:  Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
  • Timbalan Menteri:  Haji Awang  Hashim

 

  1. Menteri Wilayah Persekutuan
  • Menteri:  Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar  Musa
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

 

  1. Menteri Wanita dan Keluarga
  • Menteri:  Datuk Seri Rina Mohd Harun
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

 

  1. Menteri Pengajian Tinggi
  • Menteri:  Dato’ Dr Noraini Ahmad
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Dr Mansor  Othman

 

  1. Menteri Tenaga dan Sumber Asli
  • Menteri:  Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
  • Timbalan Menteri:  Ali Anak Biju

 

  1. Menteri Dalam Negeri
  • Menteri:  Datuk Seri Hamzah  Zainuddin
  • Timbalan Menteri I:  Dato’ Sri Dr Haji Ismail Haji Mohamed Said
  • Timbalan Menteri II:  Jonathan Yassin

 

  1. Menteri Kesihatan
  • Menteri:  Dato’ Sri Dr Adham  Baba
  • Timbalan Menteri I:  Dato’ Dr Noor Azmi  Ghazali
  • Timbalan Menteri II:  Datuk Aaron Ago Dagang

 

  1. Menteri Pertanian dan Industri Makanan
  • Menteri:  Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
  • Timbalan Menteri I:  Datuk Seri Hj Ahmad  Hamzah
  • Timbalan Menteri II:  Dato’ Haji Che Abdullah  Mat Nawi

 

  1. Menteri Pembangunan Luar Bandar
  • Menteri:  Datuk Dr Hj Abd Latiff  Hj Ahmad
  • Timbalan Menteri I:  Dato’ Abdul Rahman  Mohamad
  • Timbalan Menteri II:  Dato’ Henry Sum Agong

 

  1. Menteri Luar Negeri
  • Menteri:  Dato’ Seri Hishammuddin  Tun Hussein
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Kamaruddin Jaffar

 

  1. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
  • Menteri:  Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Rosol  Wahid

 

  1. Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Menteri:  Dato’ Seri Saifuddin  Abdullah
  • Timbalan Menteri:  Datuk Zahidi  Zainul Abidin

 

  1. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Menteri: Hajah Zuraida Kamaruddin
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Sri Ismail  Abd Mutalib

 

  1. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Menteri:  Khairy Jamaluddin
  • Timbalan Menteri:  Ahmad Amzad  Hashim

 

  1. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
  • Menteri:  Dato’ Sri  Wan Junaidi  Tuanku Jaafar
  • Timbalan Menteri:  Datuk Wira Mas Ermieyati Hj Samsudin

 

  1. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
  • Menteri:  Dato’ Dr Mohd Khairuddin  Aman Razali
  • Timbalan Menteri I:  Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
  • Timbalan Menteri II:  Willie anak Mongin

 

  1. Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
  • Menteri: Dato’ Sri Hajah Nancy  Shukri
  • Timbalan Menteri:  Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

 

  1. Menteri Perpaduan Negara
  • Menteri:  Datuk Halimah ti Mohamed Sadique
  • Timbalan Menteri:  Dato’ Sri Tiong King Sing

 

  1. Menteri Belia dan Sukan
  • Menteri:  Dato’ Sri Reezal Merican  Naina Merican
  • Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal  Wan Ahmad Kamal

Related Articles

Leave a Reply