Home Politik ADUN Lendu angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12

ADUN Lendu angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-12

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu dari Barisan Nasional (BN), Sulaiman Md Ali telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 hari ini.

Sulaiman yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka melaksanakan istiadat angkat sumpah itu di hadapan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob pada jam 3.30 petang tadi.

Terdahulu, Sulaiman telah dilantik sebagai Timbalan Exco Perindustrian dan Perdagangan Negeri ketika pentadbiran bekas Ketua Menteri Melaka ke-10, Datuk Seri Idris Haron pada tahun 2013 hingga 2018.

Related Articles

Leave a Reply