Home Politik Kami akan terus pertahankan Malaysia – PATRIOT

Kami akan terus pertahankan Malaysia – PATRIOT

by Syahira Rahemi

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Persatuan Patriot Kebangsaan (PATRIOT) menegaskan mereka tiada tolenrasi terhadap pengkhianat negara dan akan terus berjuang untuk Malaysia.

Menurut Presiden PATRIOT, Arshad Raji, pertubuhan itu diwujudkan dengan hanya satu visi iaitu berkorban untuk memertahankan negara dari anasir dalam dan luar negara.

“Semasa pilihan raya umum ke-14, kami di Patriot menyahut seruan dan menunaikan tanggungjawab kami seperti anggota keselamatan,

“Dengan apa yang berlaku pada baru baru ini kami memberi amaran bahawa Patriot tidak akan bertolenrasi dengan pengkhianatan, kata Arshad Raji.

Beliau turut menegaskan, mereka akan tampil kehadapan dan melaksanakan tugas mereka untuk mempertahankan rakyat, Raja dan negara.

Sebagai rakyat yang patriotik, kita tidak boleh membiarkan keaadilan dan maruah ditindas atau disalahguna oleh pihak tertentu untuk mencapai objektif mereka.

Dalam kenyataan yang sama, Patriot menyatakan bahawa mereka turut bersama-sama mengemukakan 6 tuntutan kepada Kerajaan.

Antara tuntutan yang dikemukakan ialah:

  1. Rakyat berhak mengetahui jumlah dan nama Ahli Parlimen yang menyokong kedua-dua belah pihak.
  2. Ambil perhatian suara rakyat yang membantah dan menolak ahli politik yang mempunyai kes pendakwaan dan juga mereka yang terlibat dalam mengulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
  3. Sesi Dewan Rakyat hendaklah dimulakan tanpa sebarang penangguhan. Ini bagi menguji sokongan terhadap Perdana Menteri ke-8 dan kerajaan baharu. Jika tidak kerajaan baharu ini akan dilihat tidak sah.
  4. Pakatan Harapan perlu diberi peluang untuk membentuk kerajaan sekiranya Perikatan Nasional gagal meraih sokongan majoriti di Parlimen.
  5. Ahli politik mempunyai tanggungjawab moral untuk dipenuhi berdasarkan kepercayaan yang diberi oleh rakyat kepada mereka.
  6. Sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan mana mana lantikan politik hendaklah diperiksa terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis. Ini bagi memastikan mereka yang akan dilantik tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan juga rekod salah guna kuasa.

Related Articles

Leave a Reply