Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: Kementerian Pertahanan tangguh semua aktiviti buat sementara waktu

COVID-19: Kementerian Pertahanan tangguh semua aktiviti buat sementara waktu

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Kementerian Pertahanan hari ini menangguhkan semua aktiviti, majlis dan program yang melibatkan kumpulan besar ekoran penularan wabak koronavirus (COVID-19).

Menurut sumber, penangguhan tersebut adalah sebagai langkah pencegahan agar warga Kementerian Pertahanan bebas dari dijangkiti wabak COVID-19.

Tempoh penangguhan tidak ditetapkan dan menunggu arahan selanjutnya.

“Semua warga kementerian dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan kesihatan diri serta  keluarga masing-masing,” tambah sumber.

KATA KUNCI : AirTimescoronavirusCOVID19MINDEFMalaysiaPertahanan

Leave a Reply