Home Politik Perjuangan seminggu telah berjaya –  Azmin

Perjuangan seminggu telah berjaya –  Azmin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin kerajaan baharu dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara.

Ahli Parlimen Gombak itu turut yakin dengan kepimpinan beliau dalam menerajui kerajaan baharu bagi memperkukuhkan perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi industri.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana perjuangan kami selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya,

“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8,

“Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin juga mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin atas perlantikannya sebagai Perdana Menteri Kelapan.

“Tahniah diatas mandat yang diberikan kepada beliau (Tan Sri Muhyiddin) sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan baharu,

“Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti,”jelasnya lagi.

Related Articles

Leave a Reply