Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tun M temui pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan tidak lama lagi – Air Times News Network
Home Semasa Tun M temui pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan tidak lama lagi

Tun M temui pegawai tertinggi Kementerian Kewangan, Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan tidak lama lagi

by Bernama

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad telah selesai bertemu dengan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Kewangan berhubung pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi.

Pakej ekonomi itu bertujuan merangsang ekonomi Malaysia dan mengurangkan impak daripada penularan COVID-19 dan ketidaktentuan luaran yang lain.

Dalam twitter rasmi beliau, Dr Mahathir berkata inisiatif itu akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai pakej rangsangan itu atau tarikh pengumuman, yang pada mulanya dijadualkan esok, 27 Feb, 2020.

Pakej rangsangan itu dirangka terutamanya untuk sektor penerbangan, peruncitan dan pelancongan untuk mengurangkan impak daripada jangkitan koronavirus, yang berasal dari Wuhan, China.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah mengumumkan bahawa wabak itu berkemungkinan boleh menjejaskan antara 0.1 dan 0.2 mata peratusan kadar pertumbuhan global tetapi ini mungkin disusuli dengan pemulihan pada tahap yang lebih pesat.

Sebagai ekonomi terbuka, Malaysia tidak terkecuali daripada sebarang perkembangan luaran, berikutan penularan virus itu dijangka akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?