Home Politik Keputusan GPS akan berlandaskan kepentingan negara, Sarawak – Abang Johari

Keputusan GPS akan berlandaskan kepentingan negara, Sarawak – Abang Johari

by Bernama

MIRI, 26 Feb  – Apa juga keputusan yang diambil Gabungan Parti Sarawak (GPS) Negeri berhubung perkembangan politik Persekutuan pada masa kini akan dibuat berlandaskan kepentingan negara dan negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata, perkara yang menjadi keutamaan kerajaan negeri ialah kestabilan politik negara yang menjadi intipati bagi negara untuk bergerak maju ke hadapan.

“Negara menghadapi banyak masalah ekonomi ekoran daripada faktor ketidaktentuan termasuk jangkitan COVID-19, yang perlu ditangani dengan berkesan dan segera,” katanya ketika membaca kenyataan pada persidangan akhbar di sini.

Abang Johari, yang juga pengerusi GPS berkata, kerajaan negeri akan menghormati apa juga keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyelesaikan perkembangan politik sekarang ini. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?