Home Semasa Kompleks Jabatan Perdana Menteri dikenali Kompleks Setia Perdana berkuatkuasa 1 Feb 2020

Kompleks Jabatan Perdana Menteri dikenali Kompleks Setia Perdana berkuatkuasa 1 Feb 2020

by Bernama

PUTRAJAYA, 21 Jan – Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Parcel B, Putrajaya akan dikenali sebagai Kompleks Setia Perdana, berkuatkuasa 1 Feb 2020.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan semalam berkata setiap bangunan di kompleks berkenaan akan dikenali sebagai Setia Perdana 1 hingga 8, menggantikan nama Blok 1 hingga 8 yang digunakan pada masa sekarang.

“Ini inisiatif untuk penjenamaan kompleks kerajaan yang telah menggunakan nama Parcel A hingga F sejak pembangunan Putrajaya dilaksanakan 25 tahun dahulu,” kata JPM.

Orang ramai boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Perdana Menteri di talian telefon 03-8872 3438 / 3437 atau layari laman web: www.jpm.gov.my untuk sebarang pertanyaan – Bernama

Related Articles

Leave a Reply