Home Politik Shamsul Iskandar cermin diri, jangan jadi batu api – Ratu Naga

Shamsul Iskandar cermin diri, jangan jadi batu api – Ratu Naga

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 11 Dis – Ketua Penerangan Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah menegaskan Ketua Penerangan PKR, Datuk Shamsul Iskandar gagal menjalankan tangunggjawab untuk memastikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Pada masa yang sama , beliau menyifatkan tindakan Datuk Shamsul Iskandar yang mengkritik kenyataan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin boleh disifatkan sebagai mencampak minyak petrol pada api yang sedang marak.

“Shamsul Iskandar telah ditugaskan untuk memastikan perjalanan mesyuarat dalam keadaan teratur dan seperti yang persetujui oleh kedua-dua belah pihak, dimana pengerusi tetap lama akan mengurus aturan mesyuarat dan buat pemilihan baru seperti aturan biasa mengikut perlembagaan,

“Kalau nak tahu, Itulah tugas yang diberi kepada Shamshul Iskandar dan berikutan apa yang terjadi pada kongres AMK lepas menunjukkan Shamsul Iskandar gagal menjalankan tugas dengan baik dan menjadi salah satu punca kenapa berlaku kejadian huru hara pada kongres AMK yang lepas.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syarul Ema atau lebih dikenali sebagai Ratu Naga menegaskan, ahli parti hanya mahu mendengar kenyataan daripada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menyelesaikan isu dalaman parti.

“Dia sepatutnya cermin dulu diri sendiri sebelum nak mengkritik orang lain. Kita bukan sedang dalam pertandingan siapa paling pandai mengarang kenyataan untuk mengapu dan jadi batu api,

“Kalau Shamsul Iskandar rasa dia nak tunjuk jadi jaguh untuk menegur Zuraida Kamaruddin, tunggu dia naik jadi presiden, timbalan presiden dan naib presiden baru sesuai,” tambah Syarul Ema lagi.

Jelasnya, rakyat sudah jelik, bosan dan ahli parti sudah naik menyampah dengan situasi sekarang. Beliau turut menggesa pemimpin-pemimpin yang bukan daripada kalangan presiden, timbalan presiden dan naib presiden untuk tidak masuk campur serta mengeluarkan kenyataan sebarangan.

“Bagi menangani masalah berbangkit ketika ini, ia patut diselesaikan sendiri antara Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden. Saya mohon kepada yang lain supaya berhenti menjadi batu api dan ‘penjilat’,

“Selaku ketua penerangan (Shamsul), beliau lebih baik memfokuskan dasar-dasar kerajaan seperti mana yang telah kerjaan laksanakan daripada sibuk 24 jam bermain politik yang tak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada rakyat, ujar Syarul Ema.

Terdahulu, Shamsul Iskandar mengkritik kenyataan Zuraida sebagai satu kenyataan jelik kerana membongkar banyak perkara antara beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini merupakan satu sifat jelik yang mana isi butiran sesuatu perbincangan dengan Presiden adalah satu amanah yang perlu dijaga dan tidak sewajarnya didedahkan kepada khalayak umum melainkan beliau mempunyai agenda tertentu terhadap Anwar Ibrahim,” kata Shamsul Iskandar.

 

Related Articles

Leave a Reply