Home Semasa “Budak umur 5 tahun pun kenal bendera Malaysia” – Syed Saddiq

“Budak umur 5 tahun pun kenal bendera Malaysia” – Syed Saddiq

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan alasan kesilapan dalam penggunaan bendera Jalur Gemilang oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) tidak boleh diterima.

Syed Saddiq menggambarkan kesilapan yang dibuat itu adalah tidak masuk akal kerana budak di awal persekolahan juga mengenali bendera Malaysia.

“Saya sudah arahkan Pejabat Pesuruhjaya Sukan siasat dan ambil tindakan dengan segera” katanya melalui ciapan di Twitter rasminya, tengahari tadi.

Terdahulu, MABA mengemukakan permohonan maaf selepas video yang memaparkan Jalur Gemilang yang salah semasa kejohanan anjuran persatuan berkenaan tular di media sosial. Kejadian berlaku semasa pembukaan Piala Lum Mun Chak ke-28 di Stadium MABA, semalam.

Related Articles

Leave a Reply