BUTTERWORTH, 11 Nov – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan penerbangan ihsan membawa seorang wanita, Salmiah Mohd Rais 24 yang lumpuh akibat masalah kronik pada otak dan saraf tunjang dari Butterworth ke Kota Kinabalu.
Penerbangan ihsan tersebut dilaksanakan dengan menggunakan pesawat A400M milik TUDM daripada No 22 Skuadron.
Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Butterworth pada pukul 12.00 tengah hari semalam.
Pesawat berlepas 2.15 petang dari Pangkalan Udara Butterworth membawa pesakit dan selamat mendarat 5.30 petang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
“Turut mengiringi pesakit adalah ibu dan bapa pesakit, jururawat serta doktor dari Hospital Seberang Jaya,
“Pesakit dimasukkan ke Hospital Seberang Jaya sejak 27 Ogos lalu terpaksa dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu bagi memudahkan urusan pemantauan dan penjagaan pesakit,
“Penerbangan yang mengambil masa tiga jam 15 minit itu dikendalikan oleh Mejar Lo Che Seng TUDM selaku juruterbang dan pembantu juruterbang, Kapten Mohd Amir Shahrin TUDM serta empat orang krew pesawat,” kata pihak TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.