Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
LTTE: Dua ADUN dan ketua perbadanan didakwa – Air Times News Network
Home Semasa LTTE: Dua ADUN dan ketua perbadanan didakwa

LTTE: Dua ADUN dan ketua perbadanan didakwa

by Bernama

MELAKA, 29 Okt – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, pada November tahun lepas.

Tertuduh, G. Saminathan, 34; P. Gunasekaran, 60, dan S. Chandru, 38 didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di sini pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan. –  Bernama

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?