Home SemasaGlobal Taufan Hagibis: Jepun kerah tentera, polis selamatkan penduduk

Taufan Hagibis: Jepun kerah tentera, polis selamatkan penduduk

by Air Times News Network

TOKYO, 14 Okt – Kerajaan Jepun kerah 27,000 anggota penyelamat bagi bantu penduduk yang terjejas akibat Taufan Hagibis yang melanda negara itu.

Angka tersebut melibatkan anggota penyelamat dari pasukan bomba, polis dan tentera.

Menurut laporan NHK World Japan, Taufan Hagibis telah menjejaskan 11 wilayah iaitu Miyagi, Fukushima, Kanagawa, Tochigi, Gunma, Saitama, Iwate, Nagano, Ibaraki, Chiba dan Shizuoka.

Bencana alam ini telah meragut 31 nyawa, 186 cedera dan 14 orang masih hilang.

Ketika ribut besar melanda, lebih dari 7 juta penduduk tempatan diarah untuk meninggalkan rumah masing-masing sementara hanya 50, 000 penduduk yang tinggal di tempat perlindungan ketika taufan terbesar dalam sejarah melanda.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik dan bakal menghantar lebih ramai anggota penyelamat.

 

Related Articles

Leave a Reply