Home Semasa Jerebu: Sarawak tutup 890 buah sekolah – Jabatan Pendidikan Negeri

Jerebu: Sarawak tutup 890 buah sekolah – Jabatan Pendidikan Negeri

by M.Daim

KUCHING, 19 Sept – Sebanyak 125 buah sekolah menengah dan 765 buah sekolah di Sarawak telah ditutup pada hari ini berikutan fenomena jerebu yang kian meruncing.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam satu kenyataan pada hari ini menyatakan penutupan tersebut melibatkan seramai 254,499 orang anak murid di 17 buah Pejabat Pendidikan Daerah.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak pada pukul 9 pagi menyaksikan 6 stesen pemantauan merekodkan paras udara amat tidak sihat, melebihi paras 200.

Kuching mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu pada 272, Sibu (239), Samarahan (230), Sarikei (230), Sri Aman (206) dan Mukah (201).

sementara itu, Bintulu mencatatkan bacaan IPU pada paras 151 sementara Samalaju pada 133. Di Miri, paras kualiti udara tidak sihat dicatatkan di stesen Bandar Miri (112) dan ILP Miri (108).

Namun begitu, stesen SK Kuala Baram 2 mencatatkan bacaan kualiti udara sederhana (69). Kualiti udara yang sama turut direkodkan di Kapit (93) dan Limbang (82).

Related Articles

Leave a Reply