Home Pertahanan dan Keselamatan Pertandingan kepakaran, uji kemampuan anggota pasukan khas

Pertandingan kepakaran, uji kemampuan anggota pasukan khas

by Nurulhuda

KEDAH, 19 Sept – Pertandingan Kepakaran Pasukan Khas (Special Forces Ultimate Challenge 2019) bukan sahaja bertujuan mengukur tahap kemampuan anggota di dalam aspek fizikal dan mental, tetapi ia juga menguji kemahiran dan kepakaran mereka agar sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Markas Angkatan Tentera dalam kenyataannya berkata, pertandingan yang melibatkan Pasukan Khas dari ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Grup Gerak Khas (GGK), Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Pasukan Khas Udara (PASKAU) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang diadakan di Dataran Tanjung Dawai pada Rabu.

“Pertandingan yang berkonsepkan operasi pasukan khas di dalam melaksanakan misi menyelamat tebusan di kawasan musuh ini melibatkan empat disiplin yang perlu dilaksanakan oleh setiap kumpulan.

“Enam kumpulan terlibat di mana penyertaan dari setiap pasukan khas masing-masing melibatkan 2 tim pasukan yang terdiri dari 6 anggota setiap tim.

Menurut kenyataan itu, pertandingan ini juga merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Hari ATM Ke-86 yang disambut pada 16 Sep 19 lalu.

“Pertandingan yang berlansung sehingga 22 September ini juga dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam satu tim untuk berkerja di sebarang situasi yang tidak menentu dan menyiapkan anggota untuk diaturgerakan pada sebilang masa, “ jelas kenyataan itu.

Hadir sama, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Sri Abdul Mutalib Ab Wahab TUDM.

 

Related Articles

Leave a Reply