Home Semasa Jerebu: Sekolah awam, swasta di Selangor tutup dua hari

Jerebu: Sekolah awam, swasta di Selangor tutup dua hari

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Jawatankuasa Pengurusan Bantuan dan Bencana Negeri Selangor mengarahkan semua sekolah awam dan swasta di dalam Negeri Selangor untuk menutup sesi persekolahan pada 19 September 2019 (Khamis) dan 20 Septermber 2019 (Jumaat).

Pengerusinya, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, penutupan itu berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam bahawa keadaan jerebu ini akan berterusan sehingga minggu depan.

Menurut Mohd Amin, semua stesen pemantauan kualiti udara menunjukkan bacaan tidak sihat dan sangat tidak sihat.

“Pendedahan terhadap jerebu yang berpanjangan akan meningkatkan risiko terhadap kesihatan terutama kepada golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas, pesakit jantung serta wanita mengadung,

“Arahan ini dikeluarkan setelah mengambil kira tahap pendedahan yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah sistem respiratori dan keselamatan pelajar,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Mohd Amin menegaskan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memaklumkan kepada sekolah-sekolah dan ibubapa di kawasan masing-masing akan penutupan ini dengan kadar segera.

“Penutupan sementara sekolah akibat cuaca jerebu ini adalah untuk memastikan tahap kesihatan murid tidak terjejas,

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri sentiasa memantau perkembangan kualiti udara dan sentiasa berhubung dengan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), berkaitan tindakan dan langkah yang perlu diambil susulan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Related Articles

Leave a Reply