JOHOR, 29 NOV – Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berharap agar pada 2025 bakal membuka lembaran kerjasama baru antara agensi melalui inspirasi ‘Whole of Government and Wholeof Society (WoGoS)‘.
Pengarah Bahagian Aplikasi Perisikan Pertahanan MYSA, Brigadier Jeneral Datuk Abd Razak Sipit berkata, WoGoS berkonsepkan agensi kerajaan bekerjasama merentasi sempadan untuk berkongsi portfolio tindakan organisasi dalam menyelesaikan isu tertentu untuk manafaat rakyat.
“Persefahaman dan kesepaduan haruslah diadaptasi dengan lebih sempurna bagimemantapkan lagi kerjasama di antara semua pihak.
“Hasrat tersebut dinyatakan semasa penyelidikan kualiti ruang udara yang turut disertai oleh Pakar Kimia UTM Skudai, Pegawai-pegawai dari Jabatan Kimia dan Penuntut Pengajian Bidang Kimia UTM Skudai,” katanya kepada Airtimes pada Rabu.
Jelasnya lagi, MYSA mempunyai dron yang dilengkapi dengan sensor pengesanan gas, sekaligus membuka lembaran baru new way of doing things dalam penyelidikan data-data kualiti udara.
“Perkongsian guna sama data-data tersebut akan memberi manafaat kepada agensi berkaitan, pakar-pakar dan penuntut untuk meneroka lebih jauh dalam penguatkuasaan, kajian dan penyelidikan mereka.
“Kerjasama antara agensi kerajaan ini juga meliputi sama adapenguatkuasaan, pendidikan atau kesedaran kepada masyarakat berkaitan kualiti udara di kawasan mereka,” ujarnya.
Justeru itu, dengan adanya persefahaman dan kesepaduan ini, ianya sekaligus akan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa kerajaan telah mengambil langkah- langkah sepatutnya bagi pemantauan kualiti ruang udara negara.-airtimesmy
#dron #MYSA #Agensi #UTM #Jabatankimia #kualitiudara #Malaysia