Home Semasa Bubar Parlimen: GMPN gesa tindakan diambil berhubung himpunan NGO

Bubar Parlimen: GMPN gesa tindakan diambil berhubung himpunan NGO

by Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Gerakan Martabat Pejuang Negara Malaysia (GMPN) hari ini meminta polis mengambil tindakan terhadap pihak-pihak yang terlibat merancang perhimpunan besar-besaran yang dikatakan bagi mendesak kerajaan membubarkan parlimen.

Presiden GMPN Mej (B) Razali Zakaria berkata rancangan untuk mengadakan himpunan itu dilaporkan tular di laman sosial.

“Telah tersebar di media sosial berhubung rancangan itu yang saya sifatkan bukanlah perhimpunan perpaduan tetapi hanya untuk mencetus provokasi serta lebih kepada perkauman.

“Kami minta daripada sekarang supaya pihak polis mengambil tindakan supaya himpunan ini tidak diadakan walaupun mereka memohon permit…mereka buat sebab alasannya untuk (desak) bubar Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Skuad Prihatin Kepong Datuk Mohd Noor Ali Akhbar serta Presiden Gerakan Reformasi Veteran Angkatan Tentera Malaysia (GRVATM) Azizan Salleh.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai perkara itu. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply