Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut SUNDANG, Kapal misi pesisir kedua milik TLDM

SUNDANG, Kapal misi pesisir kedua milik TLDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menamakan Kapal Misi Pesisir (LMS) kedua sebagai SUNDANG yang melambangkan simbol semangat kepahlawanan, perjuangan, keberanian dan kekuatan dalam menentang serta menangkis serangan musuh.

TLDM dalam satu kenyataannya memaklumkan upacara penamaan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Seri Rusnah A. Rahman iaitu isteri Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin di Wuhan, China pada Jumaat.

Kapal itu dinamakan SUNDANG bersempena nama kapal ronda yang telah dilucut tauliah pada 1 Ogos 2005. SUNDANG merupakan kapal kedua selepas KERIS dalam Skuadron LMS ke-11 dan baki dua buah lagi kapal akan dilancarkan pada pertengahan 2020.

“LMS berkemampuan melaksanakan tugas rondaan, pengawasan maritim, Search and Rescue (SAR) di samping menguatkuasakan undang-undang maritim Malaysia,” kata kenyataan itu lagi.

Kapal itu bakal menjalani beberapa fasa persediaan serta ujian sebelum diserahkan kepada TLDM pada April 2020 dan warga kapal ini dijangka mula menjalani latihan penyesuaian pada hujung tahun ini di China.

Related Articles

Leave a Reply