Home Semasa Hina Nabi: Polis tahan ‘Danny A’antonio Jr’

Hina Nabi: Polis tahan ‘Danny A’antonio Jr’

by Nurulhuda

KUALALUMPUR, 7 Mac – Pemilik akaun Facebook, Danny A’antonio Jr yang didakwa memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad telah ditahan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam kenyataan hari ini menyatakan pemilik akaun Facebook berkenaan akan direman hari ini.

“Suspek yang berusia 28 tahun akan disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan dan permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni dan perpaduan.

Pemilik akaun Facebook itu juga akan disiasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya.

Mohamad Fuzi berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik segala bentuk provokasi ataupun isu yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.

“Tindakan mencabar dan menghina kepercayaan atau agama mana-mana kaum boleh membangkitkan ketegangan kaum, tegas Mohamad Fuzi.

Semalam, polis turut menahan pemilik akaun Twitter ‘Alvin Chow’ dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu,  jam 5 petang.

Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan kerana memuat naik komen jelik terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Kedua-dua mereka akan direman hari ini.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply