Home Pertahanan dan Keselamatan Marzuki Panglima 12 Briged yang baharu

Marzuki Panglima 12 Briged yang baharu

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 6 Mac – Brigadier Jeneral Marzuki Hj Mokhtar dilantik sebagai Panglima 12 Briged ke-22 yang baharu dengan penuh istiadat di padang kawad Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja di Kem Wardieburn, di sini.

Marzuki mengambil alih tugas daripada Mejar Jeneral Abdul Malik Jiran pada acara Perbarisan Serah Terima Tugas disini hari ini.

Seterusnya, acara simbolik menandatangani Nota Serah Terima Tugas dan penyerahan Tongkat Kuasa di antara Abdul Malik dan Marzuki sebagai tanda tampok pemerintahan Panglima 12 Briged yang baharu turut disaksikan Panglima 4 Divisyen Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin.

Perbarisan serah menyerah ini disertai 15 pegawai dan 250 anggota lain-lain pangkat (LLP) diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (1 RAMD), Lt Kol Ahmad Muzaimi Mohd Ali yang melibatkan empat datesmen pasukan-pasukan di bawagh naugan 12 Briged.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!