Home Pertahanan dan Keselamatan Program Derma Darah: ATM prihatin, tanggungjawab sosial kepada masyarakat

Program Derma Darah: ATM prihatin, tanggungjawab sosial kepada masyarakat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Seramai 400 orang warga Kementerian Pertahanan menyertai Program Derma Darah sempena Hari Ulang Tahun Bahagian Perkhidmatan Anggota (BPA) Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-60 hari ini.

Program ini anjuran Jabatan Arah Pendidikan dan Pusat Darah Negara (PDN) telah dirasmikan oleh Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKS PA), Mejar Jeneral Dato’ Hj Azlan Abd Rahman di Dewan Seroja, Kem KEMENTAH.

“Program ini yang dirancang oleh pihak ATM sebagai salah satu tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Inisiatif dan daya usaha ini bukan sahaja berupaya menampung kekurangan bekalan darah di PDN, bahkan juga jelas membuktikan bahawa  di samping bertanggungjawab sebagai benteng pertahanan negara, warga ATM juga turut prihatin dalam melaksanakan program-program yang memberi manfaat kepada masyarakat”, kata Azlan semasa ucapan perasmian program tersebut.

Turut hadir Ketua Seksyen Unit Perolehan Darah, Dr Thane Moze Darumalinggam yang mewakili Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Noryati Abu Amin.

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?