Home Politik Bukan isu,ramai menteri ke Semenyih – Azmin Ali

Bukan isu,ramai menteri ke Semenyih – Azmin Ali

by Noor Sheila Amin

Menurut laporan Bernama, Azmin berkata kawasan Semenyih menerima pembangunan pesat sejak 2008 apabila gabungan parti pembangkang ketika itu mentadbir kawasan berkenaan dan daerah Hulu Langat.

“Baru-baru ini Perdana Menteri beritahu, beliau terkejut Semenyih kini dikenali sebagai bandar yang hebat dengan pembangunan teratur dan tersusun. Kami Pakatan Harapan (PH) bermula dari 2008 mahu pembangunan bukan saja berpusat di bandar tetapi juga dibawa ke luar bandar supaya rakyat dapat manfaat.

“Kalau kami tak turun dulu, tak mungkin Semenyih dan Hulu Langat dapat pembangunan seperti ini. Mana mungkin Semenyih dapat pembangunan jika kita tak turun ke sini sejak 2008,” katanya ketika melancarkan Bilik Gerakan Wanita PH bagi PRK DUN Semenyih di sini malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi  ketika ditemui di majlis Pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pakatan Harapan PRK DUN Semenyih.

Turut hadir Ketua Wanita PH, Zuraida Kamaruddin; Ketua Wanita PKR, Haniza Talha; Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Rina Harun dan Ketua Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH), Dr Siti Mariah Mahmud.

Related Articles

Leave a Reply