Home Semasa Bantuan awal RM500 untuk mangsa ribut di Tanjung Karang

Bantuan awal RM500 untuk mangsa ribut di Tanjung Karang

by Noor Sheila Amin

Katanya, kerajaan negeri menerusi Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) juga akan menanggung semua kos pembaikan bumbung rumah yang rosak dalam kejadian itu.

“Saya difahamkan sebanyak 165 rumah terbabit dengan bencana ini dan kebanyakannya memerlukan bumbung yang hampir semuanya tercabut. Kita akan ganti dan kos ditanggung oleh MBI.

“Ini memang dana yang kita sediakan dari awal tahun untuk bencana di Selangor,” katanya.

Terdahulu, Amirudin menziarahi rumah penduduk kampung yang rosak di Kampung Seri Tiram Jaya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Ahad lalu, sembilan kampung iaitu Kampung Parit Satu, Dua, Tiga dan Empat, Kampung Blok B, I, Kampung C, O dan J, Blok D, K, P, V Kampung Seri Tiram Jaya dan Kampung Parit Serong terjejas akibat bencana berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply