Home Semasa Hina Agong: Pengguna Facebook ditahan polis

Hina Agong: Pengguna Facebook ditahan polis

by Air Times News Network

KUANTAN, 2 Feb- Pemilik akaun facebook Michael Cheah telah ditahan polis bagi membantu siasatan atas dakwaan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Noor Yusof Ali berkata, pihaknya turut menahan dua individu yang terlibat dalam pertikaman lidah dengan lelaki berkenaan seperti yang dipaparkan melalui rakaman video yang tular di laman sosial, semalam.

Menurutnya, pemilik akaun Facebook diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh untuk siasatan lanjut manakala dua lagi individu ditahan di IPD Kuantan untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

“Dua lelaki berusia 32 dan 36 tahun itu ditahan selepas pemilik Facebook berkenaan yang juga seorang peniaga berusia 45 tahun membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan, malam tadi.

Michael Cheah telah mengeluarkan komen yang berunsurkan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong pada 31 Januari lalu. Tindakan beliau telah menerima kecaman hebat di media sosial. Malah, beliau dilaporkan telah dijejaki oleh orang ramai berhubung tindakan beliau.

Semalam, satu video berdurasi kira-kira lebih 1 minit telah tular di media sosial. Dalam video tersebut, dua orang lelaki telah berjumpa dengan Michael di kedai milik beliau di Kuantan Plaza. Rakaman video tersebut memaparkan berlakuknya pertikaman lidah di antara Michael dengan dua lelaki terbabit yang ternyata tidak berpuas hati dengan komen jelek beliau terhadap Agong.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply