Home SemasaGlobal Kanak-kanak mangsa cuaca sejuk di Syria

Kanak-kanak mangsa cuaca sejuk di Syria

by Noor Sheila Amin

GENEVA, 1 Feb – Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan  sekurang-kurangnya 29 kanak-kanak dan bayi baharu lahir dilaporkan maut dalam kem penuh sesak di timur laut Syria sejak lapan minggu lalu, berikutan hipotermia.

Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) itu merayu akses tanpa sekatan ke kem al-Hol, mengatakan situasi menjadi ‘kritikal’ untuk 33,000 pelarian yang hidup dalam persekitaran sejuk hingga ke tulang tanpa khemah, selimut atau pemanas.

Katanya, ramai berjalan selama beberapa hari selepas lari daripada pertempuran di Deir al-Zor.

“Ramai pelarian yang baharu tiba tidak cukup zat dan keletikan susulan bertahun hidup sengsara di bawah kawalan Daesh di Iraq.

“Akses kemanusiaan ke kem dan jalan sekitar disekat halangan birokratik dan kekangan keselamatan,” kata WHO dalam satu kenyataan.

Related Articles

Leave a Reply