Home Semasa Zam ‘Komando’ aktif menyamun dicekup polis

Zam ‘Komando’ aktif menyamun dicekup polis

by Air Times News Network

SUNGAI PETANI, 1 Feb – Tindakan seorang bekas komando yang dikenali sebagai Zam Komando, 26, yang aktif melakukan kegiatan samun dan mengisi minyak kenderaan tanpa membayar akhirnya tumpas setelah dia dicekup polis dalam Op Cantas Khas Jumaat lalu.

Suspek ditahan di sebuah motel di sekitar Sungai Petani kira-kira pukul 11 malam.

Beliau yang berkhidmat selama tujuh tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM turut dipercayai menyamun peniaga nasi lemak, juruwang dan pembantu kedai emas di Kuala Muda, Baling, Sik dan Yan sejak awal bulan ini menurut laporan Utusan Online.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, suspek dipercayai mengisi minyak ke dalam tangki kereta hingga penuh tanpa membayar wang.

“Kegiatan pertamanya dikesan pada 4 Januari lalu apabila dia mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Legenda Height, di sini pada pukul 6.13 pagi tanpa membayar.

“Manakala, sebelum kegiatannya ditumpaskan, suspek dipercayai menyamun seorang penjual nasi lemak di Taman Seraya, Pinang Tunggal kira-kira pukul 8.30 pagi, Jumaat lalu dengan melarikan wang tunai serta telefon bimbit yang kesemuanya bernilai RM450,” katanya dalam sidang akhbar, di sini semalam.

Tambah Adzli, suspek pada hari sama juga melakukan samun terhadap seorang pembantu kedai emas di Jalan Pengkalan sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM3,000.

“Hasil aduan beberapa mangsa, polis terus menjalankan siasatan dan akhirnya berjaya memberkas suspek di sebuah hotel di Sungai Petani di sini bersama kereta Proton Personanya yang disyaki digunakan dalam kegiatan terbabit,” katanya.

Ujar beliau, suspek yang ditamatkan perkhidmatannya pada Disember lalu kerana masalah disiplin dan positif dadah jenis Syabu kini direman selama tujuh hari bermula 26 Januari lalu sehingga 3 Februari ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply