Home Semasa Hina Sultan Muhammad V: Syarikat ambil tindakan ke atas Eric

Hina Sultan Muhammad V: Syarikat ambil tindakan ke atas Eric

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR – Syarikat Cisco Asean akan mengambil tindakan terhadap Eric Liew ekoran tindakannya menghina Sultan Muhammad V semalam.

Syarikat berkenaan dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini berjanji akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pekerjanya selepas mengeluarkan kenyataan menghina bekas Yang di-Pertuan Agong.

“Pihak kami akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung isu ini,” jelas kenyataan admin Cisco Asia di Facebook rasmi mereka.

Dalam pada itu kenyataan itu juga menyebut bahawa perkara itu telah pun dilanjutkan ke bahagian Cisco Malaysia.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz melalui kenyataan media Istana Negara mengumumkan Sultan Muhammad meletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 .

Terdahulu, Eric Liew turut memuat naik permohonan maaf susulan keterlanjuran kata-katanya sebelum menutup akaun Faceboknya.

“Saya telah membuat komen biadab yang tidak sepatutnya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong. Saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada kumpulan di mana saya membuat komen yang menjadi tular tersebut.

Eric Liew turut memuat naik permohonan maaf susulan keterlanjuran kata-katanya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Saya benar-benar meminta maaf kerana membuat komen yang tidak sepatutnya itu. Saya berharap mereka yang marah disebabkan itu boleh memaafkan saya,” tulisnya di Facebooknya, hari ini.

Eric sebelum ini memuat naik kenyataan jelek selepas Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa, semalam.

Komen beliau terhadap Sultan Muhammad V tular di media sosial dan dianggap biadab oleh masyarakat terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

 

Related Articles

Leave a Reply