Home Pertahanan dan Keselamatan Empat teras ASAS garis panduan warga Tentera Darat

Empat teras ASAS garis panduan warga Tentera Darat

by Noor Sheila Amin

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Empat teras ASAS menjadi garis panduan sebagai seorang  warga Tentera Darat iaitu Amal, Sistem Pemerintahan Rejimental, Adaptasi, dan Siap Sedia.

Empat teras ini ditekankan oleh Ketua Staf Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Mohd Zakaria Haji Yadi di dalam ucapannya pada Perbarisan Markas Tentera Darat penggal pertama bagi tahun 2019 di Padang Kawad Kem KEMENTAH.

“Penekanan itu selari dengan hasrat kepimpinan tertinggi yang mahu melihat Tentera Darat terus cemerlang”, katanya.

Perbarisan ini melibatkan seramai 363 pegawai dan 440 anggota Lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Sharizan Hj Wan Chick.

Related Articles

Leave a Reply