Home Pertahanan dan KeselamatanGambar tular 4 indvidu: Tiada sebarang unsur jejaskan keselamatan atau integriti pangkalan.

Gambar tular 4 indvidu: Tiada sebarang unsur jejaskan keselamatan atau integriti pangkalan.

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjelaskan pemeriksaan keselamatan terhadap empat warga asing yang tular di media sosial semasa Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan pada 21 Jun lalu merupakan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan bagi menjamin keselamatan kawasan pangkalan.

Menurut TUDM, individu terbabit telah diperiksa oleh anggota Pasukan Keselamatan selepas mereka didapati menghampiri had kawasan yang dibenarkan kepada pengunjung awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keselamatan atau integriti pangkalan udara,” kata TUDM dalam satu kenyataan pada Isnin.

TUDM turut memaklumkan pemeriksaan terhadap peralatan milik mereka, termasuk kamera dan telefon bimbit, tidak menemukan sebarang bahan atau aktiviti yang mencurigakan.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan secara rawak merupakan sebahagian daripada SOP keselamatan yang dilaksanakan sepanjang program yang melibatkan kehadiran orang awam di pangkalan udara.

Penjelasan tersebut dibuat susulan penularan gambar di media sosial yang memaparkan empat warga asing sedang diperiksa oleh anggota keselamatan semasa acara Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Kuantan.

TUDM menegaskan pihaknya akan terus melaksanakan langkah keselamatan yang sewajarnya bagi memastikan keselamatan aset strategik negara serta kelancaran setiap program yang dianjurkan.

Related Articles

Leave a Reply