Home PolitikPakatan Harapan Agenda baru Bumiputera tidak sekat peluang kaum lain – Muhyiddin

Agenda baru Bumiputera tidak sekat peluang kaum lain – Muhyiddin

by Air Times News Network

PUTRAJAYA, 30 Dis – Pelaksanaan Agenda Baru Bumiputera merupakan sebahagian polisi Pakatan Harapan (PH) yang akan dilaksanakan tanpa menyekat peluang kaum lain, kata Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bercakap pada hari terakhir Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PPBM, Muhyiddin berkata, menerusi dasar itu kerajaaan akan memastikan pertumbuhan ekonomi akan dapat dinikmati setiap lapisan rakyat.

“Jika dasar ini menjejaskan daya saing negara, ia bukan Agenda Bumiputera.

“Jika dasar ini menggalakkan amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, ia bukan Agenda Bumiputera.

“Malah, jika dasar ini menyekat peluang yang adil untuk kaum-kaum lain maju dan berjaya, ia juga bukan Agenda Bumiputera,” kata Muhyiddin di PAT PPBM yang ke-2 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Selain mengulangi komitmen PH untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa, Muhyiddin menegaskan dasar baru itu tidak akan menyekat bangsa lain untuk berjaya.

“Prasyarat utama dasar ini ialah ia mesti mewujudkan kemakmuran negara yang dapat dikongsi secara adil dan saksama oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, kelas dan wilayah.

“Yang ingin kita wujudkan ialah keadilan dan kesaksaman dalam pendapatan dan pemilikan kekayaan di kalangan rakyat.
Semalam, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya berkata, bahawa PPBM hanyalah pelindung sementara untuk orang Melayu yang ketika ini dilihat banyak ketinggalan berbanding kaum lain.

Beliau berkata, orang Melayu berkemampuan menjadi kaya dan maju seperti kaum lain, jika setiap seorang menggunakan setiap kebolehan yang ada.

Turut berada dalam dewan tersebut adalah Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dan lebih 1000 perwakilan parti itu.

Menjelang akhir ucapan itu, Muhyiddin meminta agar Dr Mahathir menyokong dan menerima cadangan pelaksanaan dasar baru tersebut.

Related Articles

Leave a Reply