Home Semasa APMM bejaya mematahkan aktiviti mengorek pasir secara haram

APMM bejaya mematahkan aktiviti mengorek pasir secara haram

by Air Times News Network

MELAKA 14 Dis – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan dua kapal korek pasir yang sedang bergiat aktif mengorek dan memindahkan pasir secara tidak sah tanpa sebarang dokumen dari pihak atasan, kira-kira 4.3 batu nautika di barat laut Pantai Kelebang Rabu lepas.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sembilan/Melaka, Kapten Maritim Amran Daud turut menahan enam kru, kesemuanya adalah warga China yang mempunyai dokumen lengkap dan ditahan pada jam 11.30 malam semalam.

Anggota APMM  yang sedang bertugas di sekitar perairan Selat Melaka telah menghidu dua kapal korek pasir sedang beroperasi memindahkan pasir laut pada luar waktu yang ditetapkan oleh pihak berkenaan.

“Siasatan juga mendapati kedua-dua kapal korek itu didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran Daud berkata mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Menurut Amran, pihak Maritim sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kawalan keselamatan dan rondaan operasi di sekitar zon Maritim Malaysia bagi memastikan kesemua kapal dan bot yang terdapat di perairan negara turut mematuhi undang-undang dan peraturan yang yelah di tetapkan.

Related Articles

Leave a Reply