Home Semasa “Kapal Malaysia sila berada di luar perairan Singapura” – Menteri Pertahanan Singapura

“Kapal Malaysia sila berada di luar perairan Singapura” – Menteri Pertahanan Singapura

by M.Daim

SINGAPURA, 7 Dis – Menteri Pertahanan Singapura, Dr Ng Eng Hen hari ini memberi amaran kepada kapal-kapal Malaysia yang masih berada dalam zon perairan bertindih di Tuas untuk berhenti menceroboh dan mencabar kedaulatan Singapura.

Perkara tersebut dinyatakan di akaun Facebook dan Twitter rasmi milik beliau.

“Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Polis Pengawal Pantai Singapura (PCG) telah menjaga perairan wilayah Singapura di Tuas selama 20 tahun.

“Secara tiba-tiba, kerajaan Malaysia bertindak menceroboh dan mendakwa perairan tersebut adalah milik mereka,” kata Dr Ng.

Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut sehari selepas pendedahan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Bon Wan yang memberitahu bahawa kapal-kapal dari Malaysia telah menceroboh perairan Tuas sebanyak 14 kali semenjak dua minggu lalu.

Dr Ng menganggap isu kehadiran kapal-kapal dari Malaysia di perairan Tuas merupakan satu isu yang serius dan mencabul kedaulatan Singapura.

“Pasukan keselamatan Singapura terus bertindak balas secara terbatas walaupun pencerobohan dan provokasi terus berlaku,”

“Rakyat Singapura memang cintakan keamanan tetapi saya memberi amaran keras kepada kapal menceroboh untuk meninggalkan perairan tersebut,” tegas Dr Ng.

Ini merupakan komen pertama yang dibuat oleh Dr Ng dalam isu pertindihan perairan antara Malaysia-Singapura yang berlarutan semenjak dua minggu lalu.

 

Related Articles

Leave a Reply