Home Semasa Sambutan Hari Hak Asasi Manusia diadakan Ahad ini – SUHAKAM

Sambutan Hari Hak Asasi Manusia diadakan Ahad ini – SUHAKAM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 7 Dis – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) hari ini memaklumkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 dijadual berlangsung Sabtu ini dipinda pada hari Ahad (9 Dis) di Padang Timur, Petaling Jaya.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Razali Ismail menyatakan keputusan tersebut beberapa selepas pihaknya menyatakan hari sambutan tersebut ditangguhkan.

“Sambutan Hari Hak Asasi 2018 akan diadakan pada hari Ahad ini dan beliau menjemput lebih ramai VIP dan juga Ahli Parlimen supaya hadir ke sambutan itu”, katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pejabat SUHAKAM pada hari ini.

Terdahulu SUHAKAM menangguhkan sambutan Hari Hak Asasi Manusia 2018 dijadual berlangsung pada Sabtu di Padang Timur, Petaling Jaya selepas pihaknya dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pejabat Perdana Menteri terdapat risiko keselamatan terhadap acara terbabit.

Razali turut melahirkan kecewa sambutan itu ditangguhkan dan merasakan alasan isu keselamatan sepatutnya tidak wujud dalam Malaysia Baru. Beliau menambah, pihak SUHAKAM tidak dimaklumkan akan punca sebenar alasan isu keselamatan digunakan.

“Kami kecewa dengan keputusan tersebut. Tujuan kami hanya untuk menyambut Hari Hak Asasi Manusia dan tiada kena mengena dengan perhimpunan.

 

 

Related Articles

Leave a Reply